Raja berangkat dari Sagor
Gempar
gobar di tanah Naning
Pentadbiran
Khalid boleh ditegur
Menyebabkan
penzalim kepala pening
Kain lurik
dari Palembang
Panjang
sejengkal dua jari
Pengaruh
Pakatan terus berkembang
Pentadbiran
adil rakyat cari
Hari minggu
hari Ahad
Bertemu
di Bandar Tun Razak
Dengan
ekonomi boleh berjihad
Menyebabkan
kroni penzalim nazak
Mayung
ibul mayung ilam
Ketiga
dengan mayung sebatu
Buku
Jingga berunsur Islam
Dengannya
hidup rakyat bermutu
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Okt2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan