Selasa, 23 Oktober 2012

MASJID PANGLIMA KINTA

Merupakan masjid pertama yang dibina di Ipoh iaitu pada tahun 1898 oleh
Dato' Panglima Kinta Mohamed Yusof sebagai memperingati isterinya yang meninggal dunia ketika itu.Bukti cinta diabadikan dengan ingatan untuk beribadah.



Masjid
Di tengah bandar Ipoh
Dinamakan
Masjid Dato Panglima Kinta
Kehebatannya dapat didengar
Dari cerita-cerita
Orangnya berharta
Maklumlah
Orang Besar Kinta
Memahami pentingnya sedekah jariah
Mendirikan masjid
Pada tahun 1898 masehi
Pahalanya mengalir kepadanya
Sejak 114 tahun yang lalu
Jasa Dato Panglima Kinta elok ditiru
Mengimarahkan masjid ini
Dengan majlis-majlis ilmu
Baru jemaah tahu
Kehebatan orang-orang dulu
Sedar pentingnya masjid
Dibelanjakan duit untuk
Mewakafkan masjid
Di Kampung Tengah
Di Pekan Ipoh
Dikenal juga sebagai Masjid Tengah
Semoga Dato Peanglima Kinta dirahmati Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1433/Okt2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan