Jumaat, 19 Oktober 2012

BETULKAN NIAT





Hari Selasa malam Rabu
Berlalunya Zulkaedah
Dengar Kuliah Maghrib berfaedah
Baru rambut wanita tak terdedah
Baru tak keluar perkataan haram jadah
Baru sedia mendengar kuliah
Sejarah
Diplomasi Rasulullah
Mudah atasi masalah
Jiwa bernafsu amarah
Sedia berhijrah
Daripada parti asobiyah
Kepada pimpinan beramanah
Berkonsepkan perpaduan ummah
Elakkan berbalah
Dengan mengikuti kehendak Sunnah
Bertindak Nabi s.a.w
Berqiamulail setiap malam
Berdoa untuk kesejahteraan rakyat jelata
Dalam buku sejarah banyak cerita
Ketelusan Nabi dalam berdiplomasi
Kesetiaan Nabi dalam pergaulan
Keakraban dalam bersahabat
Disuruh syariat
Dibetulkan niat
”setiap amalan berdasarkan niat”
Nescaya ilmupun dapat
Diamalkan oleh jiwa yang sihat
Baru kehidupan berkat
Baru semuanya selamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1433/Okt2012
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan