Jumaat, 12 Oktober 2012

KABINET BAYANGAN




Kabinet
Cedukan daripada Bahasa Inggeris
Bahasa orang Melayu
Majlis Jemaah Menteri
Putrajaya sedang menanti
Dengan iman dan setiakawan
Jauh daripada penyelewengan
Jauh daripada kezaliman
Buku Jingga bukan umpan
Menjanjikan kebaikan
Di masa hadapan
Bagi rakyat marhaen
Bagi yang beriman daripada golongan bangsawan
Melayu; Cina; India boleh berkawan
Begitu juga Iban dan Kadazan
Cerah masa hadapan
Bila bertukar Kerajaan Persekutuan
Menanti negara berkebajikan
BTN akan ditarbiyahkan
Dijadikan keharmonian kaum
Ikut pula segala hukum
Hukum Hudud
Hukum daripada Tuhan
Hukum daripada Al-Quran
Hukum daripada Pencipta sekalian alam
Daun pegaga di tepi kolam
Dikutip setiap bila menghijau
Wadah perkauman nak tenggelam
Gerombolan penzalim begitu risau
Jelajah Bas Merdeka dikacau
Diupah belia-belia yang sasau
Menjauhi aktiviti-aktiviti agama
Islam hanya pada nama
Membetulkan mereka kena bersama
Dalam Pakatan Rakyat ada ruangnya
Bila menguasai Putrajaya
Jemaah Menterinya berwibawa
Jauh daripada rasuah , jauh daripada penipuan
Cukup ilmu pengetahuan
Adil dalam tindakan
Ini merisaukan
Gerombolan Ketuanan Melayu
Sejak 55 Tahun memerintah
Negara dijadikan harta pusaka 
Rompak khazanah Negara
Bacalah
Laporan Ketua Audit Negara
Di empat negeri berbeza
Di Kelantan o.k
Di Kedah o.k
Di Pulau Pinang o.k
Di Selangor o.k
Kali ini mereka yang k.o



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Okt2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan