Isnin, 8 Oktober 2012

BILA DATANG ISNIN





Berpuasa sunat
Di waktu malam memasang niat
Menghidupkan syariat
Yang disuruh buat
Yang dilarang jangan dekat
Dalam kebajikan terus berpakat
K-Pop jangan dekat
Budaya hedonis dari Korea
Merosakkan para belia
Lupa mereka larangan agama
Membuat maksiat bersama-sama
Digalakkan pimpinan durjana
Tolak hudud tindakan hina
Semua kita akan ke sana
Ke batu dua
Ramai yang kecewa
Dosa besar dibawa
Menipu rakyat semasa berkuasa
Mengkayakan diri daripada salahguna kuasa
Demi masa
”Sesungguhnya manusia itu
berada dalam kerugian”
Kesan bajet 2013 membebankan
Harga teh o ais limau
Melambung tinggi
Sokong penzalim di akhirat rugi
Sokong penipu di akhirat rugi
Buat tapai dari ragi
Tapai ubi tapai pulut
Jika tak mahu rugi
Tolak saja pimpinan belot


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Okt2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan