Asam jawa
buah gelugor
Ketiga dengan asam ramunia
Pimpinan bistari boleh ditegur
Allah saja Maha pengurnia
Sireh pinang di dalam puan
Cukup dengan kapor-kapornya
Untung dapat Negara Berkebajikan
Membayar zakat golongan kaya
Tanam limau di tanah liat
Petik sebiji bubuh dikendong
Wanita sekular mendedah aurat
Belum nikah sudah mengandung
Bacang kuini di tepi paya
Jatuh sebiji di dalam hutan
Baca Quran dapat cahaya
Kenal pula manipulasi syaitan
Rosak
perahu dari Singora
Sarat
dimuat buah kelapa
Bebas rasuah negara Singapura
Agama Allah mereka lupa
Kapal
datang dari Rangoon
Haluan
menuju ke Pulau Pinang
Abby Abadi nampak anggun
Ikut PAS hatipun tenang
Durian
bernama kaca puri
Buah
pala setangkai lima
Bila kebenaran manusia cari
SertaiSertai pula jemaah
agama
Ular sawa panjang melintang
Turun dalam sawah padi
Pemerintah zalim kita tentang
Dengan memboikot aktiviti
Yahudi
Makan tebu
di tepi serambi
Batang
redan dikerat-kerat
Mari
budayakan Sunnah Nabi
Selamat di dunia dan akhiratHMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1433/Okt2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan