![]() |
"biarlah sejahil mana pun kita, asalkan kita bersama ulama...
kerana di sana ada berkatnya, berbanding dgn mereka yang
hanya berideologi tapi tak ada adab dengan ulama" |
Kijang
menghantuk dirumpun buluh
Makan kaduk di dalam padi
Dengan ilmu amalan disuluh
Baru kerja dakwah menjadi
Harimau sakti turun sekawan
Mati ditikam si orang Bali
Melihat Nabi hati tertawan
Dengan syahid syurga dibeli
Kucing melompat diatas tilam
Mencuri
makan didalam kebun
Dengan dakwah berkembang Islam
Ditolak yang mata rabun
Simpai
serat simpai rotan
Hendak
menyimpai penyapu lama
Musuh
manusia ialah syaitan
Selamat bila ikut agama
Lembu sekawan kepadang ragut
Mati ditimpa dahan mempelam
Pahlawan dahulu semuanya berjanggut
Dengan jihad berkembanglah
Islam
Anjing belang anjing pemburu
Salaknya sampai dalam jeraman
Kehebatan As-Syafii elok ditiru
Ikut
ilmunya kuatlah iman
Kambing menderu dibawah balai
Kena
jerat daun tebu
Tiba Izrail semuanya terkulai
Suratan di akhirat jadi debu
Mayang mengurai malam Khamis
Seludang jatuh tengah halaman
Bila di akhirat jadi pengemis
Tanda di dunia tidak beriman
Gajah ke air bunyi berderu
Riak sampai ke tepi paya
Ulama akhirat sentiasa menyeru
Untunglah mereka yang percaya
Singa mengaum dibelah barat
Kena jerat luka tubuhnya
Ikutlah saranan ulama akhirat
Seluruh Al-Quran
hendaklah percaya
Perahu
hanyut dari kuala
Mari
diikat tepi titi
Orang
beriman mendapat pahala
Inilah
tanda amalan berkualiti
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1433/Okt2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan