Rabu, 25 November 2015

SELAMAT HARI LAHIR KE 66


I
Bila 25 November
Genaplah usia Sil Hati @Salhati 66 tahun
Kepada Allah dipohon
Selamat hari lahir yang sejahtera
Semua ahli keluarga gembira
Kebaikan bersamamu tidak terkira
Kerja-kerja maaruf buatlah segera
Berbudi bahasalah sentiasa
Dengan mengerjakan segala suruhan
Meninggalkan yang dilarang
Aqidah yang menggerakkan kerja-kerja kebaikan
Serta menjauhi yang tak berfaedah
Serta kurangkan angan-angan
Gunakan masa membesarkan tuhan
Inilah persiapan
Bagi baki-baki umur kita
Dengan betul-betul beriman
Dengan betul-betul beramal soleh

II
Bertuahnya Hari Rabu
Ingatlah jasa ayah dan ibu
Doakan kebajikan mereka setiap waktu
Terutama selepas solat lima waktu
Semoga di syurga kita bersatu


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan