Jumaat, 20 November 2015

PANTUN ALLAH DIPUJA

Buah berangan dibeli pukal
Berangan dimasak setiap hari
Nafsu jangan melebihi akal
Kelak merosak diri sendiri

Berangan dimasak setiap hari
Bawa ke pasar nak dijual
Kelak merosak diri sendiri
Disebabkan nafsu susah dikawal

Bawa ke pasar nak dijual
Datang pembeli berbagai bangsa
Disebabkan nafsu susah dikawal
Sedap dulu akhirnya binasa

Datang pembeli berbagai bangsa
Orang Cina suka memakannya
Sedap dulu akhirnya binasa
Membantunya keluarga tak upaya

Orang Cina suka memakannya
Melayu suka keropok udang
Membantunya keluarga tak upaya
Dimahkamah duduk dalam kandang

Melayu suka keropok udang
Banyak di Trengganu dan Kelantan
Dimahkamah duduk dalam kandang
Menyesal diatas salah perbuatan

Banyak di Trengganu dan Kelantan
Kain batik murah harganya
Menyesal diatas salah perbuatan
Ingat rasuah boleh kaya

Kain batik murah harganya
Elok berniaga secara borong
Ingat rasuah boleh kaya
Dalam penjara tempat dikurung

Elok berniaga secara borong
Boleh dijual di Pantai Barat
Dalam penjara tempat dikurung
Ingat isteri jiwa melarat

Boleh dijual di Pantai Barat
Terutama dipasar dinegeri Selangor
Ingat isteri jiwa melarat
Malam jumaat terpaksa menganggor

Terutama dipasar di negeri Selangor
Ramai pembeli yang berduit
Malam jumaat terpaksa menganggor
Nafsu seks terus menjuit

Ramai pembeli yang berduit
Boleh beli apa saja
Nafsu seks terus menjuit
Dikawal dengan Allah dipuja


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan