Khamis, 30 Mei 2013

TAUBAT NASUHA



Selagi digelar manusia
Selagi itulah ada melakukan dosa
Seperti menyalahguna kuasa
Seperti tipu pilihanraya
Seperti menerima rasuah
Sedar bahaya bila masuk tanah
Di antara sifat-sifat Nabi ialah beramanah
Kedua ialah benar
Benar pada perkataan
Berani berkata benar
Tipu pilihanraya itu benar
Semua rakyat tahu
Yang terlibat lebih-lebih lagi tahu
Malangnya muka tak malu
Dengan duit gelap mata orang Melayu
Dipropagandakan oleh media massa
Lupa sumpahan masa
”Demi masa sesungguhnya manusia itu
berada didalam kerugian”
Tentu yang cinta keduniaan
Tentu yang berpenyakit wahan
Cinta dunia dan takut mati
Lupa akhirat kerana parti
Dalam keadaan begini; datang mimpi
Berada di dalam keadaan gelap gelita
Dengan suara yang mengerikan
Bila terbangun dari tidur
Kedengaran suara azan; terus berwudhuk
Terus solat taubat; terus solat subuh berjemaah
Terus dengar kuliah subuh
Ustaz bersyarah tentang taubat
Katanya taubat dengan Allah ada tiga syarat
Pertama: Meninggalkan maksiat
Kedua: Menyesal di atas kesalahan
Ketiga: Berjanji tidak akan melakukan lagi
Bagi kesalahan dengan manusia
Perlulah meminta maaf
Dengan orang yang dizalimi itu
Inilah jalan untuk bersatu
Waktu malam keluar kalkatu
Melihat cahaya terus terkam
Betul aqidah jalan bersatu
Lepas itu ikut hukum hakam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Mei2013


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan