1 Obor-Obor
dari negeri seberang
Orang
mengail hingga subuh
Banyak
kitab Shafie karang
Membacanya
iman jadi kukuh
2 Ada jenis
manusia jahat
Cakap
orang tidak didengar
Kezaliman
pemimpin rakyat lihat
Disokong
saja pengikut tegar
3 Ikan
melompat tepi perahu
Datang
ombak susah dikesan
Melalui
maklumat rakyatpun tahu
Propaganda
”rasis” tidak berkesan
4 Anak balam
terbang tinggi
Hinggap
di atas atap rumah
Silap
pilih rakyatlah rugi
Harga
naik kerana rasuah
5 Waktu malam
terbit bulan
Cahaya
timbul terang menderang
Black 505
menunjukkan jalan
Sistem
pemilihan yang curang
6 Rumah buruk
serambi buruk
Buruk
dengan paku-pakunya
Nasib
rakyat bertambah teruk
Bila
Ubahlah tidak berjaya
7 Tenang-tenang air dihulu
Kala tenang mandikan kuda
Bila pimpinan muka tak malu
Menutupnya
selalu melalui propaganda
8 Sakit kaki
tertikam duri
Darah
keluar lompat berhenti
Dengan
ilmu kenallah diri
Sediakan
bekalan untuk mati
9 Beras jawa membuat bekal
Ada sedikit bercampur padi
Tolak saja pimpinan nakal
Terutama
terima nasihat Yahudi
10 Pipit tuli makan
padi
Datang
kanak terus dilastik
Ulama
akhirat banyak berbudi
Sokong
kebenaran bila berpolitik
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Mei2013
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Mei2013
Dalam islam tidak pernah diajar dan disuruh untuk kita membuat RUSUHAN sehingga menyusahkan orang lain, merosakkan harta benda awam dan lain2 yang kearah keburukkan yang dilakukan oleh penyokong BERSIH yang lepas..bukankah dalam islam kita dilarang dari melakukan semua itu..seperti yang dilakukan oleh pengikut BERSIH..jangan lah jadikan negara ini hura hara seperti mesir dan yang lain2..kita ada undang2 dan ada cara untuk kita usulkan sesuatu perkara untuk diketengahkan..dan bukan dengan cara yang telah dilakukan oleh KUMPULAN BERSIH..HENTIKAN LAH SEMUA INI..setiap yang hidup akan menemui mati tuan..ingat lah...
BalasPadam