Sedih di dalam
hati
Melihat
kalah banyak calon
Jemaah
Islamiah
Kecewa di atas kekalahan
Yang terancang oleh
Manusia berjiwa keduniaan
Melupakan hari kemudian
Termenung melihat
Rakan-rakan seperjuangan
Kandas dalam pilihanraya
Yang penuh tipudaya
Meradang dengan tipu helah
Melalui agensi-agensi awam yang dibayar gaji
Oleh cukai-cukai dari sumbangan
Rakyat jelata
Hati kecilku berkata-kata
Cis pendusta
Cis pengkhianat
Membenarkan rakyat asing mengundi
Dalam sistem demokrasi negara tercinta ini
Hatiku mula berani
Berani membangkang penipuan di siang hari
Dengan keadaan tempang
Dan celaru hari ini
Mari kita
Bertekad dalam azam
Menyusun gerak kerja yang Islamik
Bermula dengan niat
Melaksanakan kehendak syariat
Bermula dengan solat
Maghrib berjemaah
Lepas itu dengar kuliah
Bersumberkan Al-Quran dan Sunnah
Serta Seerah
Perlu pimpinan yang beramanah
Perlu pengikut yang setia
Gandingan mantap perlu diwujudkan
Melalui majlis-majlis ilmu
Belajar jangan jemu-jemu
Bawalah
buku, bawalah pen
Tulislah
yang penting-penting
Qiamullail
jangan ponteng
Dosa kecil jangan
anggap enting
Puasa sunat
Cuba Isnin
dan Khamis
Cuba amalkan
setiap sunnah Nabi s.a.w
Dengan ini
berkembanglah Islam
Berkembanglah
budaya
Buat suruhan tinggal larangan
Teruskan hingga lima tahun lagi
Teruskan memantapkan diri
Ikan kembong ikan tenggiri
Dua jenis ikan laut
Bila keredhaan Allah dicari
Bersedialah menghadapi ujian Skaratul maut
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Mei2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan