Duit
Diperlukan manusia
Di setiap masa
Di setiap keadaan
Di mana-mana tempat
Ada manfaat
Jika ikut syariat
Bermula dengan niat
Dikelabukan oleh Kebudayaan Barat
Melupakan akhirat
Melarat
Firaun dah dapat
Qarun dah dapat
Haman dah
dapat
Inilah
gabungan Tiga Segi
Semuanya rugi
Kekal abadi
Berniat jahat syarikat Yahudi
Dirosakkan muda mudi
Dengan pergaulan bebas
Dengan video lucah
Dengan majalah-majalah separuh lucah
Penyanyi K-Pop nampak lincah
Penari-penari Gangnam Style nampak lincah
Terpesona penonton sekelian
Berseronok-seronok di bawah pentas
Kaya-raya orang-orang di atas
Kemenangan tidak ada jalan pintas
Mulai dari kelas atau kuliah
Mulai dari majlis llmu
Jangan jemu-jemu
Bila bertambah ilmu
Baru tahu pentingnya wahyu
Baru tahu ada jenis manusia berjiwa syaitan
Rancangan mereka hanya keduniaan
Penuh tipudaya
Diperalatkan kuasa
Kekallah berkuasa
Orang berilmu tidak putus asa
Selagi ada nyawa
Ikut ulama berwibawa
Kemana-mana
Baru hidup tidak hina
Rosak aqidah tidak berguna
Mudah isteri guna minyak guna-guna
Rugi bila pergi ke sebelah sana
Tanah perkuburan namanya
Menanti tiga soalan saja
Siapa Tuhan kamu?
Apa agama kamu?
Siapa orang yang membawa kebenaran
diantara kamu?
Orang fasik akan menjawab
”aku tidak tahu”
Orang munafik menjawab
”aku tidak tahu”
Tibalah pukulan bertalu-talu
Kedengaran merayu-rayu
”balikkanlah aku kedunia’
’aku hendak beramal soleh’
”aku nak ikut ulamak akhirat’
”aku benar-benar bertaubat”
Semuanya dah terlambat
Tidak bererti Y.B
Tidak bererti Ahli Parlimen
Tidak bererti ADUN
Setiap saat kena balun
Kanak-kanak bermain layang-layang
Putus tali jatuh ke parit
Kepada Nabi hendaklah sayang
Sedar azab kubur perit
Di sana sini tabur duit
Diterima rakyat yang miskin
Datang ramai dari kampung-kampung
Iman mereka dah lompong
Jiwa mereka dah kosong
Otak mereka otak kalkatu
Betulkan
aqidah jalan bersatu
Bersatu
teguh; bercerai roboh
Pendatang
asing modal sementara
Undi mereka
berguna
Akhirnya memangkah gerombolan keduniaan
Ikan keli ikan haruan
Dua jenis
ikan darat
Sesat hidup
tanpa iman
Sesal bila
ke alam akhirat
Ini perlu
diingati
Di kuliah-kuliah beritahu mereka
Ada kehidupan setelah mati
Ada padang mahsyar
Ada telaga kauthar
Sekali minum hilang dahaga
Mudah jalan ke syurga
Diwaktu itu duit tak berguna
Diwaktu itu duit komisyen tak berguna
Duit haram menjadikan tuannya hina
Ini yang hendak dicerita
Qarun banyak
harta
Qarun banyak
duit
Qarun lambang korporat moden
Qarun menentang Nabi Musa a.s
Akhirnya dalam bumi terbenam
Kekuningan warna buah nenam
Biasa berbuah diakar pokok
Tiba masa penzalim terbenam
Banyakkan doa semasa rokok
Dari Allah minta petunjuk
Dengan iman hati dipujuk
Dengan dakwah rakyat dipujuk
Dengan kebenaran rakyat dipujuk
Dengan keadilan rakyat dipujuk
Pejuang Islam jangan merajuk
Ada cahaya di hari esok
Lima tahun beredar cepat
Ikan keli ikan sepat
Biasa membiak dalam sawah
Bila taqwa kita dapat
Dengan duit tetap bermaruah
Dengan duit tetap beramanah
Dengan duit membantu ummah
Semoga dapat Keredhaan Allah
Dengan berselawat kepada Rasulullah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Mei2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan