Jumaat, 31 Mei 2013

CITA-CITA ORANG YANG SEMBAHYANG


Setiap cita-cita itu baik
Selepas itu ditanamkan niat
Selepas berniat terus buat
Buat suruhan agama
Tinggal larangan Islam
Bermunajat di waktu malam
Asasnya ilmu kalam
Awal-awal agama mengenal Allah
Sedia menghadapi apa-apa masalah
Dengan iman musuhpun kalah
Ambil wudhuk dari kolah
Kolah ada di tepi madrasah
Bila tipu seteru pun kalah
Boleh berterusan amalkan rasuah
Hidup keluargapun mewah
Susah kehidupan orang bawah
Inilah budaya asabiyah
Meredhai yang bersalah
Asalkan dari sesama kabilah
Inilah amalan zaman jahiliah
Membesarkan keturunan
Menyokong yang mungkar
Menanti untuk dibakar
Membetulkannya kerja yang sukar
Ilmu perlu disebar
Melalui majlis-majlis ilmu
Kebenaran akan bertemu
Beramal tidak jemu-jemu
Pahala bertambah-tambah
Bila keadaan berubah
Kesan berhadapan Kaabah
Sertai rombongan mengerjakan umrah
Terus berhijrah
Meninggalkan fahaman asobiyah
Ikut aqidah
Ahli Sunnah Wal Jemaah
Kesan solat berjemaah
Kesan dengar kuliah
Tercapai cita-cita orang yang bersembahyang
Allah dan Rasul dia sayang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Mei2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan