Jumaat, 3 Mei 2013

PERTUKARAN DI PUTRAJAYA





Tibalah masa ada pertukaran di Putrajaya
Ramai yang percaya
Bila bersih pilihanraya
Penzalim akan kecewa
Pengkhianat akan kecewa
Perasuah akan kecewa
Pembodek akan kecewa
Penyokong bangang tentulah kecewa
Ustaz upahan akan kecewa
Ulamak ampu akan kecewa
Yang berniat jahat akan kecewa
Ke akhirat dosa dibawa
Luputlah masa
Hadapilah seksa
Sentiasa
Sepanjang masa
Berbeza jika berubah kuasa
Rakyat berpeluang memperbaiki diri
Di majlis ilmu hadirkan diri
Bila kenal diri sendiri
Pemimpin berakhlak mulia dicari
Kerajaan baru yang bistari
Bebas dari korupsi
Bebas dari perkauman sempit
BTN akan dirombak semula
Dikursuskan mengikut Quran
Dikursuskan dengan keadilan Islam
Dikursuskan dengan keadilan sosial
Rakyat jelata dapat manfaat
Bila dilaksanakan syariat
Negara jadi selamat
Didakwa semua penjahat
Termasuk Cekdet
Penjara Kajang terlalu dekat
Terbuka peluang untuk taubat




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Mei2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan