Pilihanraya
diadakan bagi memilih pimpinan untuk mentadbir negara di peringkat Persekutuan dan di peringkat Negeri-negeri . Pilihanraya
memberi peluang kepada rakyat yang berdaftar sebagai pemilih untuk memilih
wakil-wakil mereka di Dewan Rakyat dan di Dewan-dewan undangan negeri. Pilihanraya
membuka ruang yang baik bagi rakyat
memilih YB-YB yang pro-rakyat yang berjiwa rakyat dan yang berjiwa
akhirat. Pilihanraya hendaklah diadakan secara bersih, supaya semua pihak dapat berjuang dengan padang yang sama rata. Pilihanraya yang
bersih boleh memberi kepuasan kepada semua yang menyertainya. Pilihanraya
boleh menaikkan imej negara di sisi mata dunia bila dijalankan dengan cara adil
dan saksama.
Pilihanraya boleh membuka ruang yang baik untuk pimpinan
yang beramanah dan berakhlak mulia memegang tampok pemerintahan Negara yang
akan menarik pemodal-pemodal
asing melabur di Malaysia.
Dengan mencurahnya pelaburan dari luar Malaysia yang
dipimpin oleh kabinet bistari peringkat Pusat akan berkembang majulah
aktiviti-aktiviti ekonomi di negara tercinta ini. Oleh itu rakyat yang berpandangan jauh dan
bermaklumat kena mengundi pimpinan baru dengan memberi peluang kepada mereka
mentadbir negara dengan jujur dan penuh dedikasi, serta bebas dari korupsi. Ambillah
peluang kali ini merobah keadaan yang baru dan lupakanlah gerombolan lama yang
jelas terbukiti telah mengkhianati negara sejak pentadbiran PM ke 4 yang lalu
hinggalah PM
ke 6 yang bertambah teruk dan hutang dah mencecah lebih dari RM500 Bilion.
Sebelum negara Malaysia dihancurkan oleh manusia berjiwa keduniaan ini eloklah kita rehatkan mereka dan eloklah mereka pula menjadi pembangkang. Oleh itu ingatlah undi anda akan dipersoalkan di akhirat nanti. Dari sambutan rakyat sudah nampak jelas akan ada perubahan besar di peringkat Persekutuan. Ingatlah cerita ulat bulu panjat durian sedap dulu rugi kemudian.
Ubah sekarang, UNDILAH PAKATAN RAKYAT.
HMS
ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Mei2013
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Mei2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan