Selasa, 7 Mei 2013

ORANG BODOH KATA NABI S.A.W




Hidup adalah perjuangan
Buat suruhan tinggal larangan
Jauhi berangan-angan
Orang bodoh kata Nabi s.a.w
Di dunia buat maksiat
Di pilihanraya tipu berterusan
Diberi Mykad kepada pendatang asing
Secara beramai-ramai
Bagi syaitan semua permai
Solat sentiasa cuai
Ambil komisyen selamba saja
Terima rasuah terkumpul harta
Bila mati mahu ke syurga
Jenis banyak di kalangan Ketuanan Melayu
Berpolitik tolak wahyu

Ikan keli ikan puyu
          Dua jenis ikan darat
Lemah berpolitik orang Melayu
          Sanggup menyokong pimpinan keparat

Di akhirat
Berterusan melarat
Melarat ..... melarat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Mei2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan