Selasa, 14 Mei 2013

BULAN REJAB 1434H


Tahun Islam
Tahun Hijiriah
Ada 12 bulan
Bulan Rejab bulan ketujuh
Dengan puasa sunat jiwa boleh jadi teguh
Dengan pimpinan beramanah
Rakyat dapat berteduh
Dengan ilmu tindakan kita disuluh
Bila tipu pengundian hati rakyat mengeluh
Altantuya siapa yang bunuh?
Di Malaysia hanya ada dua kenalan
Di Paris pernah berjalan
Di Singapura pernah shopping berlian
Duit komisyen berlebihan
Tinggal dua anak tanpa ibu amat menyedihkan
Hasil kerja orang berkedudukan
Mungkin besar jawatan
Pasti bukan dari kalangan Pakatan
Orang Pakatan berjiwa kemanusiaan
Patut kuasai Kerajaan PersekutuanBaru kos kehidupan berkurangan
Baru orang kampong sedar di atas kesilapan
Mengundi
Mengekalkan harga barang-barang terus tinggi
Menyenangkan kroni-kroni
Melawannya kena berani
Berani kerana benar
Tipu pilihanraya perlu dibantah
Dengan program
Suara Rakyat suara keramat
Diberbagai-bagai tempat
Sambutan hangat
Dari kalangan rakyat
Solat sehari semalam hanya 17 rakaat
Dimulai dengan niat
Membela rakyat
Dari ditipu berterusan oleh pengkhianat-pengkhianat
Dengan menyebarkan maklumat
Hebat puisi Pak Samad
Ibu Segala Tipu”
Dideklamasikan depan khalayak ratusan ribu
Di Kelana Jaya rakyat bertemu
Menumbangkan rejim korup tak jemu-jemu
Bermula di bulan Rejab yang baru
Dengan iman dan ilmu
Dengan zikir selalu
Serang pimpinan muka tak malu
Ikan keli ikan puyu
Mudah dikail dalam sawah
Dengan BRIM tertipu Melayu
Hidup miskin tidak bermaruah
Di akhirat tidak dapat faedah
Menyesal tak sudah-sudah
Di bulan Rejab ini banyakkan muhasabah
Semoga kerajaan Pusat segera berubah




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Mei2013






Tiada ulasan:

Catat Ulasan