Isnin, 12 Disember 2011

NGO YANG BERWIBAWA



Bila lahir
Sebuah NGO baru
Daripada usaha murni
Daripada warga-warga yang berani
Tauhid jadi asas
Awal-awal agama mengenal Allah
Iblis mahu manusia pecah belah
Dengan dasar asobiyah
Sokong pimpinan walaupun salah
Beri projek kepada kroni salah
Beri kontrak kepada anak itu salah
Membiarkan isteri tak bertudung itu salah
Mengedar video lucah itu salah
Memfitnah itu salah
Menyalahguna peruntukan jabatan juga salah
Mendiamkan diri terhadap
Laporan Audit Negara juga salah
Mendiamkan diri selama 54 tahun juga salah
Mahu selamatkan negara perlu berubah
Bergerak sebagai sebuah jemaah
Membesarkan hanya Allah
Memuliakan kalimah Allah
Meyakini pimpinan Rasulullah
Walaupun susah
Tetap istiqamah
Tetap aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan