Ahad, 4 Disember 2011

PANTUN PENTINGNYA IMAN



Berarak mega beriring-iringan
   Sebelah selatan langit kelabu
Buat suruhan tinggal larangan
   Bertahun-tahun diasuh ibu

Pagi gerimis sejuk terasa
   Seluruh kampung diulit nyaman
Berjuang Nabi setiap masa
   Lahir pelapis-pelapis beriman

Hari terang cuaca panas
   Bertiup bayu menyegarkan badan
Buku Jingga isinya bernas
   Dari Kelantan ambil teladan

Cantik berseri bulan purnama
   Cerah cahaya walaupun tinggi
Mari membangun Islam bersama
   Orang munafik yang rugi

Cantik warna langit benderang
   Senja sepi di hujung taman
Tolak saja pimpinan temberang
   Dengan istiqamah dan iman



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharam1433/Dis2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan