Isnin, 19 Disember 2011

PANTUN PENYELAMAT DALAM KUBUR




Air dalam bertambah dalam
   Hujan di hulu belumlah teduh
Bila pimpinan jahil Islam
   Di Mahsyar tiada tempat berteduh

Anak merbah anak kelicap
   Hinggap di pokok mencari ulat
Apa guna pandai bercakap
   Setiap tindakan hanya mengelat

Anak tiong di dahan kayu
   Hendak makan buah berangan
Ditakuk lama kedudukan Melayu
   Mahu ke syurga dengan angan-angan

Apa diharap padi seberang
   Entah berderai entah tidak
Diketahui rakyat pimpinan temberang
   Bila tercabar pandai mengertak

Apa diharap padi seberang
   Entah dimakan pipit melayang
Dalam kubur diri seorang
   Bahagia yang taat sembahyang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011


Tiada ulasan:

Catat Ulasan