Selasa, 6 Disember 2011

BERUBAHLAH SEKARANG WAHAI PUTRI-PUTRI



Bunga ros
Harum seperti bunga-bunga lain
Harum bau sekeliling taman
Baik macam setiap perkahwinan
Baik jika beriman
Senyuman mula menawan
Pandai menyediakan makanan
Selepas sembilan bulan pula kempunan
Mendadakan kedatangan
Penyambung keturunan
Bila betul asuhan
Akan buat suruhan
Akan tinggal larangan
Baru lembu-lembu di kondo hairan
Satu demi satu rakan dikorbankan
Bapak lembu cuba melawan
Ditahan tanpa perbicaraan
Inilah keadaan
Dunia akhir zaman
Berlaku banyak penyelewengan
Perlu kekangan
Dengan iman dan istiqamah
Daripada ilmu daripada kuliah-kuliah
hadir di usrah
Sedar maksud sebenar hijrah
Kerajaan zalim perlu diubah
Yang lama susah berubah
Yang baru diidami
Generasi internet
Generasi bermaklumat
Menolong Ketuanan Bangsa
Menolong penyalahguna kuasa
Berdosa
Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu manusia itu berada di dalam kerugian
Golongan manusia berjiwa haiwan
Gerombolan manusia keduniaan
Gentar menanti pertukaran
Kerajaan Persekutuan
Untuk digantikan dengan manusia
Berjiwa kemanusiaan
Bersatu dalam kepelbagaian
Lembu di kondo pun hairan
Manusia boleh berkawan
Daripada berbagai keturunan
Daripada berlatar belakangkan
Berlainan fahaman
Tapi bertujuan
Menumbangkan kezaliman
Menumbangkan penyelewengan
Di peringkat Persekutuan
Dengan keadilan
Dengan perubahan
Dengan perpaduan
Di tingkat atasan
Di tingkat bawahan
Berpadu dalam kebajikan
Demi rakyat
Demi dunia dan akhirat
Iblis terus memasang jerat
Melalui
Wanita, arak dan hiburan
Lahir anak-anak tanpa bapa
Lahir tanpa sijil nikah
Majoriti daripada keturunan
Ketuanan Melayu
Disebabkan pimpinan layu
Disebabkan menolak wahyu
Pincanglah masyarakat Melayu
Berleluasa politik mengampu
Berleluasa penyelewengan
Di bidang kewangan
Dibuktikan
Laporan Ketua Audit Negara
Bagi tahun 2010
Penjawat-penjawat dilindungi
Oleh ahli politikus Ketuanan Bangsa
Bertukarlah
Sudah sampai masanya
Berubah penguasa di Putrajaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan