Isnin, 5 Disember 2011

KEBAIKAN HIJRAH



Bulan Muharram
Bulan menjauhi yang haram
Dalam Persidangan Agong Tahunan Gerombolan
United Malays National Organization
Terus hentam-menghentam
Daripada jiwa yang hitam
SPR takut guna dakwat hitam
Seperti ketam
Mengajar anak berjalan betul
Rosak negara kerana Si Ketul
Yang salah dikatakan betul
Rasuah tetap salah
Walaupun hidup mewah
Dilihat rakyat di bawah
Mahu berubah
Daripada semangat hijrah
Kerajaan Pusat boleh berubah
Bila minda rakyat berubah
Bila hati rakyat berubah
Bila nafsu rakyat mencapai maqam mut'mainah
Mahu ikut sunnah
Yang pegang kuasa beramanah
Penjawat-penjawat awam beramanah
Para hakim beramanah
Berdisiplin guru-guru sekolah
Suka dengar tazkirah
Menganjurkan majlis-majlis ceramah
Ilmu akan bertambah
Bila raja berubah
Rakyat akan mencontohinya
Baik bila pegang Putrajaya
Dermawan golongan kaya raya
Bayar zakat sebelum hari raya
Rakyat miskin sukacita
Rakyat fakir sukacita
Di bawah pentadbiran negeri-negeri
Pakatan Rakyat
Pengurusan kewangan
Berjalan baik
Laporan Ketua Audit Negara membuktikan
Jujur ketua kerajaan
Berlaku di Kelantan
Berlaku di Kedah
Berlaku di Pulau Pinang
Berlaku di Selangor
United Malays National Organization pendek umur
Rakyat sudah tak gemar
Mereka
Bercakap tak serupa bikin
Rakyat dah tak yakin
Buku Jingga jadi pemangkin
Dengan Islam mereka mula yakin
Dengan Parti Islam SeMalaysia pun mereka yakin
Dengan Pakatan Rakyat pun yakin
Inilah hijrah
Inilah hikmah
Inilah iman dan istiqamah
Membela golongan lemah
Dengan pimpinan beramanah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan