Jumaat, 9 Disember 2011

PANTUN MAHU BERJASA



Meriah menuntut di luar negara
   Perbelanjaan sendiri atau ditaja
Politik perkauman membawa sengsara
   Nafsu amarah jadi raja

Semangat patriotik tetap membara
   Usah lupa keluarga tercinta
Ucapan berapi-api padam segera
   Bila disogok dengan harta

Kesukaran melanda tidak disangkal
   Kejutan budaya di negara barat
Orang beriman kuat bertawakal
   Hingga iblis yang melarat

Jika berhadapan dengan cabaran
   Cari punca segara selesaikan
Selalulah kita membaca Al-Quran
   Rezeki halal saja dimakan

Tingkatkan disiplin semarakan daya
   Bersungguh-sungguh pasrah kepadaNya
Bila beramanah pegang Putrajaya
   Muka rakyat akan bercahaya

Tamat pengajian curahkan perkongsian
   Agar rakyat dapat manfaatkan
Bila dasar mementing kemanusiaan
   Rakyat jelata dapat kebajikan

Besarlah harapan golongan berada
   Kepada pelapis pembela bangsa
Janji Pakatan Rakyat bukan propaganda
   Kepada negara mahu berjasa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1433/Dis2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan