Jumaat, 2 Disember 2011

KERANA TUGAS

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 


Kerana tugas
Melaksanakan akujanji
Allah saja dipuji
Setiap hari sentiasa diuji
Dengan
Wanita
Tahta dan harta
Di empat negeri rakyat dah buka mata
Kebaikannya rakyat mula cerita
Di Selangor dapat air percuma
Di Kelantan terserlah aktiviti agama
Di Kedah pendapatan negeri meningkat
Rakyat dapat nikmat
Daripada pimpinan yang cermat
Baik bagi dunia dan akhirat
Di Pulau Pinang
Ketokohan Umar Abdul Aziz ditonjolkan
Daripada KM yang berkebolehan
Walau berbeza kepercayaan
Kebajikan rakyat diutamakan
Inilah politik baru
Kebaikan-kebaikan diseru
Dengan keadilan sejagat bersatu
Bersatu dalam kepelbagaian
Berteraskan kemanusiaan
Baru wujud kemesraan
Berslogankan
Baik
Sihat
Ceria dan gembira
Dosa pahala diambil kira
Asal usul manusia bukan kera
Allah yang cipta
Daripada tiada kepada ada
Ada jasmani
Ada rohani
Dengan ilmu jadi berani
Dengan iman jadi berani
Dengan mencontohi Nabi
Kuat hubungan dengan Allah
Baik hubungan dengan manusia
Abu Lahab kecewa
Abu Jahal kecewa
Di Badar habis nyawa
Di akhirat kecewa
Diikut yang bertuhankan bangsa
Berfahaman asobiyah
Daripada projek lembu dapat faedah
Balik Mekah rambut terdedah
Tanpa berubah
Pasti rebah
Disebabkan amalan rasuah
Diketahui rakyat di bawah
Perlu ubah
Dengan minda
Dengan hati
Dengan nafsu
Dengan undi
Dengan semangat hijrah
Dengan pimpinan beramanah
Rejim zalim insyaallah musnah
Ini ketentuan Allah
Berdoalah
Bekerjalah
Bermujahadahlah
Dengan iman dan istiqamah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharam1433/Dis2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan