Khamis, 19 November 2015

PANTUN UNTUK KESIHATAN

Pisang kelat di tepi telaga
Datang lotong lalu tergoda
Waktu solat asyik berniaga
Dapat untung berkatnya tiada

Datang lotong lalu tergoda
Makan pisang berserta kulitnya
Dapat untung berkatnya tiada
Hukum zakat tak percaya

Makan pisang berserta kulitnya
Baik masak biar pun muda
Hukum zakat tak percaya
Melihat janda hati tergoda

Baik masak biar pun muda
Jenis pisang boleh dimakan
Melihat janda hati tergoda
Sebelum bertindak dipinang rakan

Jenis pisang boleh dimakan
Yang muda masak gulai
Sebelum bertindak dipinang rakan
Jadilah kehidupan bertambah longlai

Yang muda masak gulai
Yang masak enak dimakan
Jadilah kehidupan bertambah longlai
Habiskan masa menonton sukan

Yang masak enak dimakan
Terutama pisang emas dan barangan
Habiskan masa menonton sukan
Menjadi jutawan hanya angan-angan

Terutama pisang emas dan barangan
Menjadi kegemaran rakyat Malaysia
Menjadi jutawan hanya angan-angan
Sedar-sedar dah lanjut usia

Menjadi kegemaran rakyat Malaysia
Menonton siaran Lega Perdana Inggeris
Sedar-sedar dah lanjut usia
Hidup mewah pimpinan keris

Menonton siaran Lega Perdana Inggeris
Malam Ahad malam Rabu
Hidup mewah pimpinan keris
Penglihatan pengikut tetap kelabu

Malam Ahad malam Rabu
Perlawanan bolasepak dari England
Penglihatan pengikut tetap kelabu
Cuaca nyaman di Cameron Highland

Perlawanan bolasepak dari England
Diberi liputan dalam akhbar tempatan
Cuaca nyaman di Cameron Highland
Baik pula untuk kesihatan


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan