Ahad, 15 November 2015

PANTUN BACALAH YAASIN

Di bawah redup mencari ilham
Sambil terkenang padanya desa
Ingin hidup saling sefaham
Susah senang sama dirasa

Sambil terkenang padanya desa
Sawah padi terbentang luas
Susah senang sama dirasa
Sebelum menang hati tak puas

Sawah padi terbentang luas
Hampir masak nampak kuning
Sebelum menang hati tak puas
Makan ubat hilang pening

Hampir masak nampak kuning
Bila menuai guna mesin
Makan ubat hilang pening
Mahu yakin bacalah Yaasin

Bila menuai guna mesin
Hanya perlu bayar sewa
Mahu yakin bacalah Yaasin
Ke akhirat banyak pahala dibawa

Hanya perlu bayar sewa
Padi dijual kepada pemborong
Ke akhirat banyak pahala dibawa
Memimpin jangan berlaku serong

Padi dijual kepada pemborong
Terkenal juga ‘orang tengah’
Memimpin jangan berlaku serong
Baru musuh tak berani sanggah

Terkenal juga orang ‘orang tengah’
Dengan kekayaan berasa megah
Baru musuh tak berani sanggah
Bila rakyat betul aqidah

Dengan kekayaan berasa megah
Rakyat jelata dapat faedah
Maksiat berlalu boleh ditegah
Isteri pun aurat tak terdedah

Bila rakyat betul aqidah
Kehendak syariat semua dipatuhi
Rakyat jelata dapat faedah
Ekonomi kronisma dapat dijauhi

Kehendak syariat semua dipatuhi
Kuliah agama diminati ramai
Ekonomi kronisma dapat dijauhi
Dalam negara pun aman damai

Kuliah agama diminati ramai
Sumber utama ialah Quran
Dalam negara pun aman damai
Mementingkan  iman dan pelajaran

Sumber utama ialah Quran
Sunnah Nabi sumber kedua
Mementingkan iman dan pelajaran
Ijmak dan Qias berperanan jua


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan