Hai pelajar-pelajar
Marilah belajar
Belajar bersungguh-sungguh
Kerja-kerja sekolah jangan ditangguh
Buat apa yang ibubapa suruh
Dengan zikir kuatlah roh
Bila kuat roh
Mudahlah solat subuh
Baru kuatlah tubuh
Tubuh perlu makanan
Roh perlu makanan
Makanan roh ialah membaca
Dari membaca datang cahaya
Jalan untuk berjaya
Gembira keluarga
Bila akhlak terjaga
Seronok hati guru-guru kita
Bila pelajar-pelajar ada cita-cita
Membantu negara tercinta
Membantu negara tercinta
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan