Kanak-kanak bermain di atas titi
Jatuh seorang ke dalam parit
Kerajaan mahu pegawai berintegriti
Dihadapan menanti hasutan jin haprit
Jatuh seorang ke dalam parit
Di dasar parit penuh lumpur
Di hadapan menanti hasutan jin haprit
Ada perabut hiasan di dapur
Di dasar parit penuh lumpur
Ada ikan sedang bertelur
Ada perabut hiasan didapur
Datang korporat duit dihulur
Ada ikan sedang bertelur
Habis dimakan ikan haruan
Datang korporat duit dihulur
Intergriti tinggal dalam pemikiran
Habis dimakan ikan haruan
Dalam kolam dalam sawah
Intergriti tinggal dalam pemikiran
Disebabkan hidup mahu mewah
Dalam kolam dalam sawah
Membiak ikan berbagai jenis
Disebabkan hidup mahu mewah
Kata syaitan itulah manis
Membiak ikan berbagai jenis
Keli dan ikan puyu
Kata syaitan itulah manis
Diterima saja oleh Melayu
Keli dan ikan puyu
Di antara jenis ikan darat
Diterima saja oleh Melayu
Akhirnya rugi hidup diakhirat
Di antara jenis ikan darat
Semuanya sedap masak lemak
Akhirnya rugi hidup diakhirat
Ditolak saja nasihat ulamak
Semuanya sedap masak lemak
Bertambah enak dengan tempoyak
Ditolak saja nasihat ulamak
Masuk syurga pun tak layak
Bertambak enak dengan tempoyak
Taruh sedikit cili padi
Masuk syurga pun tak layak
Menerima azab kekal abadi
Taruh sedikit cili padi
Lagi pedas bertambah enak
Menerima azab kekal abadi
Menanti doa dari anak
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan