Isnin, 30 November 2015

PANTUN BARU KAHWIN

Lemak belida sudah disaji
Sambal kerang ulam maman
Mengelak daripada umpat mengeji
Sifatnya orang menjaga iman

Sambal kerang ulam maman
Makan tengahari bersama keluarga
Sifatnya orang menjaga iman
Baru berpeluang masuk syurga

Makan tengahari bersama keluarga
Balik kampung seminggu sekali
Baru berpeluang masuk syurga
Dengan jihad syurga dibeli

Balik kampung seminggu sekali
Bawa cucu ikut sama
Dengan jihad syurga dibeli
Melalui tarbiyah yang lama

Bawa cucu ikut sama
Kelihatan senyum sepanjang jalan
Melalui tarbiyah yang lama
Relevansi sunnah yang berkekalan

Kelihatan senyum sepanjang jalan
Janda muda baru kahwin
Relevansi sunnah yang berkekalan
Cuba disanggah oleh ALVIN

Janda muda baru kahwin
Dengan duda seorang korporat
Cuba disanggah oleh ALVIN
Alvin Tan jenis keparat

Dengan duda seorang korporat
Peniaga minyak dari Sarawak
Alvin Tan jenis keparat
Menyindir Islam secara melawak

Peniaga minyak dari Sarawak
Seorang korporat yang beriman
Menyindir Islam secara melawak
Sebenarnya Alvin Tan tak siuman

Seorang korporat yang beriman
Pernah belajar di Timor Tengah
Sebenarnya Alvin Tan tak siuman
Masuk kubur baru termengah-mengah

Pernah belajar di Timor Tengah
Dalam bidang bahasa Arab
Masuk kubur baru termengah-mengah
Dengan cacing jadi akrab

Dalam bidang bahasa Arab
Sebuah Universiti di negeri Tunisia
Dengan cacing jadi akrab
Berakhirnya kemewahan hidup manusia


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan