Gulai nangka ulam raja
Goreng kailan sayur kubis
Orang suka boros belanja
Awal bulan duit habis
Goreng kailan sayur kubis
Di Cameron Highland tempat ditanam
Awal bulan duit habis
Muka masam macam nenam
Di Cameron Highland tempat ditanam
Guna perkerja warga asing
Muka masam macam nenam
Bila bertengkar mulutnya bising
Guna perkerja warga asing
Mudah masuk ke negara kita
Bila bertengkar mulutnya bising
Khatib berkuthbah dipejamnya mata
Mudah masuk ke negara kita
Melalui Thailand di sebelah utara
Khatib berkuthbah dipejamnya mata
Selesai solat balik segera
Melalui Thailand di sebelah utara
Warga Bangladesh berjumlah besar
Selesai solat balik segera
Fokus kehidupan tetap tersasar
Warga Bangladesh berjumlah besar
Cepat menguasai bahasa Melayu
Fokus kehidupan tetap tersasar
Jahil tentang kehendak wahyu
Cepat menguasai bahasa Melayu
Wanita kilang mudah dikawani
Jahil tentang kehendak wahyu
Membuat maksiat juga berani
Wanita kilang mudah dikawani
Perlu hanya banyak memuji
Membuat maksiat juga berani
Akibat tak mahu mengaji
Perlu hanya banyak memuji
Wanita Melayu akan menyerah
Akibat tak mahu mengaji
Buang kandungan takut dimarah
Wanita Melayu akan menyerah
Bila dipujuk Mat Bangla
Buang kandungan takut dimarah
Anak gampang sebenarnya bala
Bila dipujuk Mat Bangla
Ikut dengan rela hati
Anak gampang sebenarnya bala
Ke sana ke mari orang perhati
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan