Sabtu, 16 Mei 2015

PANTUN TERKUMPUL PAHALA

Bergerak perlahan seekor kura-kura
Menuju kolam di tepi hutan
Jagalah masa depan negara
Dengan menolak ajakkan syaitan

Menuju kolam ditepi hutan
Membiak berbagai jenis ikan
Dengan menolak ajakkan syaitan
Duit rasuah disuruh makan

Membiak berbagai jenis ikan
Termasuk keli dan sepat
Duit rasuah disuruh makan
Bila ditolak pahala pun dapat

Termasuk keli dan sepat
Dua jenis ikan darat
Bila ditolak pahala pun dapat
Hidup bahagia dihari akhirat

Dua jenis ikan darat
Mudah membiak dalam kolam
Hidup bahagia di hari akhirat
Semasa didunia ikut Islam

Mudah membiak dalam kolam
Kurang air di musim kemarau
Semasa di dunia ikut Islam
Tarikan dunia tidak dihirau

Kurang air dimusim kemarau
Gunakan jala menangkap ikan
Tarikan dunia tidak dihirau
Sunnah Nabi terus diamalkan

Gunakan jala menangkap ikan
Bawa ke pasar terus dijual
Sunnah Nabi terus diamalkan
Makan rezeki yang halal

Bawa ke pasar terus dijual
Dapat duit beli beras
Makan rezeki yang halal
Baru hati tidak keras

Dapat duit beli beras
Baki duit belilah gula
Baru hati tidak keras
Mudah terkumpul banyak pahala

Baki duit belilah gula
Buat kuih tepung talam
Mudah terkumpul banyak pahala
Beramal ikut ajaran Islam

Buat kuih tepung talam
Makan sekeluarga sebelah petang
Beramal ikut ajaran Islam

Penguasa zalim berani tentang


HMS ABU BAKAR




Tiada ulasan:

Catat Ulasan