Sabtu, 2 Mei 2015

AKU DAN GST


Aku
Rakyat Malaysia
Bagi ku GST menyusahkan
Aku ingat majoriti rakyat juga dibebankan
Terutama yang berpendapatan rendah
Kerajaan saja dapat faedah
Rambut isteri masih terdedah
Ramai remaja Melayu penagih dadah
Dengan GST masalah orang Melayu tak akan sudah
Ada yang rosak aqidah
Dengan BRIM tangan ditadah
Memuji pemerintah
Bagusnya kerajaan
Mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan 6%
Lupa orang kampung nilai wang mereka dah berkurangan
BRIM tak boleh memberi pertolongan
Semakin hari semakin menyusahkan
Hanya berdoa kepada Tuhan
Supaya GST dihapuskan
Ini bukan bermakna anti kerajaan
Tapi mahu kerajaan adil dan bertimbang rasa
Walaupun para mufti kata
GST hukumnya harus
Realitinya rakyat hampir nak mampus
Kos kehidupan terus naik
Dengan GST rakyat golongan bawahan terus tertekan
Dekat pula puasa ramadhan
Oh! Tuhan
Bukakanlah hati kuasawan bertukar fikiran
GST terus diberhentikan


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan