Janda berhias duduk termenung
Sambil memikir nasib sendiri
Hajat nak kawin tinggi menggunung
Bertukar tudung setiap hari
Sambil memikir nasib sendiri
Isteri kedua pun tak apa
Bertukar tudung setiap hari
Asalkan jangan lelaki papa
Isteri kedua pun tak apa
Bertukar giliran perlu sabar
Asalkan jangan lelaki papa
Semangat berahi tentu berkabar
Bertukar giliran perlu sabar
Banyakkan doa selepas solat
Semangat berahi tentu berkabar
Manis mulut makanlah coklat
Banyakkan doa selepas solat
Zikir Al-Ghazali juga diamalkan
Manis mulut makanlah coklat
Minyak wangi juga digunakan
Zikir Al-Ghazali juga diamalkan
Boleh mendatangkan kekuatan jiwa
Minyak wangi juga digunakan
Sambil berpeluk sambil ketawa
Boleh mendatangkan kekuatan jiwa
Banyakkan selawat keatas Nabi
Sambil berpeluk sambil ketawa
Inilah budaya diam-diam ubi
Banyakkan selawat keatas Nabi
Hari Selasa sudah ditetapkan
Inilah budaya diam-diam ubi
Bulan kesepuluh bayi dilahirkan
Hari Selasa sudah ditetapkan
Berselawat sebanyak seribu kali
Bulan kesepuluh bayi dilahirkan
Kain lampin perlu dibeli
Berselawat sebanyak seribu kali
Pahala digandakan oleh Allah
Kain lampin perlu dibeli
Dengan GST ada sedikit masalah
Pahala digandakan oleh Allah
Syarat utama betul aqidah
Dengan GST ada sedikit masalah
Hanya kroni-kroni dapat faedah
Syarat utama betul aqidah
Ikut Nabi dan para sahabat
Hanya kroni-kroni dapat faedah
PRU-14 dijadikan ubat
PRU-14 dijadikan ubat
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan