Jumaat, 1 Mei 2015

PANTUN KUAT BERUSAHA


Pergi ke kebun kutip rambutan
Manis rasa bila dimakan
Mansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan
Baru kehidupan rakyat tak tertekan

Manis rasa bila dimakan
Sewaktu cuaca panas terik
Baru kehidupan rakyat tak tertekan
Bila perlaksanaan GST ditarik

Sewaktu cuaca panas terik
Minum Al-Uyun hilang dahaga
Bila pelaksanaan GST ditarik
Kelihatan gembira ramai keluarga

Minum Al-Uyun hilang dahaga
Air minum jenis baru
Kelihatan gembira ramai keluarga
Hanya syaitan yang cemburu

Air minum jenis baru
Direstui oleh Kuliah Dhuha
Hanya syaitan yang cemburu
Melihat umat kuat berusaha

Direstui oleh Kuliah Dhuha
Diketuai Wan Ahmad Tarmizi
Melihat umat kuat berusaha
Program maksiat pula dijauhi

Diketuai Wan Ahmad Tarmizi
Mengajar agama setiap hari
Program maksiat pula dijauhi
Keredhaan Allah mudah dicari

Mengajar agama setiap hari
Pagi petang siang malam
Keredhaan Allah mudah dicari
Inilah matlamat ajaran Islam

Pagi petang siang malam
Membimbing umat ke jalan Allah
Inilah matlamat ajaran Islam
Hapus GST kuranglah masalah

Membimbing umat ke jalan Allah
Dibantu murid-murid yang setia
Hapus GST kuranglah masalah
Hanya peniaga tamak kecewa

Dibantu murid-murid yang setia
Dari kalangan pesara kerajaan
Hanya peniaga tamak kecewa
Walhal rakyat dapat kebaikan

Dari kalangan pesara kerajaan
Kuliah dua kali seminggu
Walhal rakyat dapat kebaikan

Di akhirat bidadari tetap menunggu

HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan