Jumaat, 22 Mei 2015

PANTUN MULIANYA JIWA TUNKU

Tinggi-tinggi Gunung Tahan
Tumbuh pokok seperti jati
Kesan GST semacam perlahan
Rakyat miskin separuh mati

Tumbuh pokok seperti jati
Pokok cengai bernilai tinggi
Rakyat miskin separuh mati
Ke Mydin tak mampu pergi

Pokok cengai bernilai tinggi
Banyak di Sarawak dan Sabah
Ke Mydin tak mampu pergi
Berdoa supaya kerajaan berubah

Banyak di Sarawak dan Sabah
Jadi kaya-raya ahli politik
Berdoa supaya kerajaan berubah
Melalui tazkirah kesedaran berputik

Jadi kaya-raya ahli politik
Dari parti pemerintah Pusat
Melalui tazkirah kesedaran berputik
Terlepas dari ajaran sesat

Dari parti pemerintah Pusat
Sejak lebih lima puluh tahun
Terlepas dari ajaran sesat
Kepada Allah sentiasa memohon

Sejak lebih lima puluh tahun
Merdeka dari penjajah Inggeris
Kepada Allah sentiasa memohon
Jadi pembangkang Parti Keris

Merdeka dari penjajah Inggeris
Tunku jadi Perdana Menteri
Jadi pembangkang Parti Keris
Baru mereka sedarkan diri

Tunku jadi Perdana Menteri
Anak raja dari Kedah
Baru mereka sedarkan diri
Berdosa rambut isteri terdedah

Anak raja dari Kedah
Seorang yang berjiwa rakyat
Berdosa rambut isteri terdedah
Orang dayus menderita diakhirat

Seorang yang berjiwa rakyat
Berbaik-baik dengan berbagai bangsa
Orang dayus menderita diakhirat
Membunuh Altantuya juga berdosa

Berbaik-baik dengan berbagai bangsa
Dimiliki Tunku Abdul Rahman
Membunuh Altantuya juga berdosa
Di akhirat jauh dari aman


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan