Isnin, 11 Mei 2015

PANTUN FAEDAH TAZKIRAH

Bunga melur bunga kertas
Berwarna warni di sinaran pagi
Bertindak adil orang di atas
Baru rakyat tidak rugi

Berwarna warni di sinaran pagi
Warga emas keluar berjalan
Baru rakyat tidak rugi
Jika pemimpin betul jalan

Warga emas keluar berjalan
Biasa selepas solat subuh
Jika pemimpin betul jalan
Baru asas masyarakat kukuh

Biasa selepas solat subuh
Ada tazkirah yang ringkas
Baru asas masyarakat kukuh
Mudah perasuah-perasuah diberkas

Ada tazkirah yang ringkas
Asasnya ialah Seerah Nabi
Mudah perasuah-perasuah diberkas
Bila SPRM menyerang bertubi-tubi

Asasnya ialah Seerah Nabi
Boleh diketahui mendengar tazkirah
Bila SPRM menyerang bertubi-tubi
Hanya penjahat saja marah

Boleh diketahui mendengar tazkirah
Bila ditulis mudah ingat
Hanya penjahat saja marah
Bila menerima hukuman berat

Bila ditulis mudah ingat
Balik ke rumah boleh dibaca
Bila menerima hukuman berat
Pemerintah adil pula dicerca

Balik ke rumah boleh dibaca
Dari situ terus diamalkan
Pemerintah adil pula dicerca
Diakhir zaman banyak diketemukan

Dari situ terus diamalkan
Buat suruhan tinggal larangan
Di akhir zaman banyak diketemukan
Dilanggar saja hukum Tuhan

Buat suruhan tinggal larangan
Pahala dicatat sebelah kanan
Dilanggar saja hukum Tuhan
Dari syaitan dapat saranan

Pahala dicatat sebelah kanan
Dosa pula disebelah kiri
Dari syaitan dapat saranan
Di akhirat menderita diri sendiri


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan