2 Disember 2014
Hari memperingati wargamas
Nilai mereka lebih mahal dari emas
Dalam laut ada yang lemas
Pelapis mereka teruskan kehidupan
Memahami
Hidup adalah perjuangan
Buatlah suruhan jauhilah larangan
Ini tanda orang berpengetahuan
Awal-awal agama mengenal Tuhan
Mempelajari Al-Quran
Mengandungi berbagai-bagai pengajaran
Tolak pimpinan keduniaan
Cakap tak serupa bikin
Fahaman asobiyah jadi pemangkin
Slogan ketuanan Melayu
Dah layu
Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Wargamas kena ikut wahyu
Baru bahagia di alam akhirat
Kata-kata
Luka UMNO cederalah Melayu
Hancur UMNO berderailah Melayu
Pecah UMNO berkecailah Melayu
Mati UMNO berkuburlah Melayu
Tanda jahil Al-Quran
Cuba lihat definasi Melayu dalam
Perlembagaan
Melayu itu beragama Islam
Melayu itu bercakap Melayu
Melayu itu ikut adat istiadat Melayu
Orang Islam
Beriman dengan Al-Quran
Berjihad dengan Sunnah Nabi s.a.w
Jika Melayu benar-benar Islam
UMNO memang luka
UMNO tentu hancur
UMNO tentu pecah
UMNO akan mati
Jemaah Islamiahlah jadi pengganti
Hidup rakyat akan berkualiti
Jasa wargamas tetap diingati
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan