Khamis, 18 Disember 2014

DOA SELAMAT

Orang Melayu
Suka kenduri
Adakan doa sebelum makan
Tazkirah patut diadakan
Boleh memberi kesedaran
Isinya diambil dari Quran
Penuh pengajaran
Jelas pula kuasa Tuhan
Buat suruhan
Jauhi tegahan
Tolak fahaman perkauman
Pilih yang beriman
Berjiwa kemanusiaan
Baik untuk rakyat sekalian
Mendatangkan keamanan
Ikan keli ikan haruan
Di antara jenis-jenis ikan darat
Bila doa dikabulkan Tuhan

Bahagia menanti di alam akhirat


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan