Isnin, 1 Disember 2014

PANTUN TERUS DITIPU


Timang tinggi-tinggi, parang sudah asah
Alang-alang mandi, biar sampai basah
Harga naik rakyat yang susah
Inflasilah punca yang sah

Alang-alang mandi, biar sampai basah
Gunakan sabun buatan tempatan
Inflasilah punca yang sah
Kroni pemerintah ambil kesempatan

Gunakan sabun buatan tempatan
Diyakini rakyat luar bandar
Kroni pemerintah ambil kesempatan
Penyokong asobiyah tidak sedar

Diyakini rakyat luar bandar
Tanpa Barisan negara muflis
Penyokong asobiyah tidak sedar
Dapat untung pihak kapitalis

Tanpa Barisan negara muflis
Terutama pembaca Media Perdana
Dapat untung pihak kapitalis
Hidup rakyat papa kedana

Terutama pembaca Media Perdana
Apa dicerita rakyat pun percaya
Hidup rakyat papa kedana
Beli Toto harap-harap kaya

Apa dicerita raykat pun percaya
Ustaz celebriti turut membantu
Beli Toto harap-harap kaya
Bila kalah fikiran pun buntu

Ustaz celebriti turut membantu
Dapat liputan media elektronik
Bila kalah fikiran pun buntu
Kos kehidupan terus naik

Dapat liputan media elektronik
Banyak juga di media cetak
Kos kehidupan terus naik
Akhirnya kepala jadi botak

Banyak juga di media cetak
Setiap hari memuji kerajaan
Akhirnya kepala jadi botak

Disebabkan menjauhi ajaran Quran


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan