Rabu, 3 Disember 2014

PANTUN KEBENARAN DITEMUI


Makan roti berinti kaya
Minum kopi dalam cawan
Mari sama-sama kita berjaya
Ini bermakna betul-betul kawan

Minum kopi dalam cawan
Bersama keluarga dalam rumah
Ini bermakna betul-betul kawan
Baru kuat ikatan ummah

Bersama keluarga dalam rumah
Membaca Quran setiap hari
Baru kuat ikatan ummah
Mudah keredhaan Allah dicari

Membaca Quran setiap hari
Membetulkan bacaan jika ada kesilapan
Mudah keredhaan Allah dicari
Cerah nasib di masa hadapan

Membetulkan bacaan jika ada kesilapan
Meningkat cepat taraf pembacaan
Cerah nasib di masa hadapan
Bila berilmu dan beriman

Meningkat cepat taraf pembacaan
Ilmu tafsir juga dipelajari
Bila berilmu dan beriman
Lahirlah pimpinan yang bistari

Ilmu tafsir juga dipelajari
Dari kitab karangan Hamka
Lahirlah pimpinan yang bistari
Di akhirat selamat dari Neraka

Dari kitab karangan Hamka
Ulama terkenal dari nusantara
Di akhirat selamat dari Neraka
Dosa pahala diambil kira

Ulama terkenal dari nusantara
Minat juga bidang sastera
Dosa pahala diambil kira
Perintah Allah dibuat segera

Minat juga bidang sastera
Berani menentang Presiden Sukarno
Perintah Allah dibuat segera
Tolak pula perjuangan UMNO

Berani menentang Presiden Sukarno
Dengan iman dan ilmu
Tolak pula perjuangan UMNO
Yang benar sudah ditemu

Dengan iman dan ilmu
Bersumberkan Quran dan Sunnah
Yang benar sudah ditemu
Dengannya yang batil musnah


HMS ABU BAKAR




Tiada ulasan:

Catat Ulasan