Isnin, 15 Disember 2014

HARIJADI KE 78


Hari Isnin
22 Safar 1436 Hijrah
Genaplah umurku 78 tahun
Kepada Allah terus bermohon
Dikekalkan iman
Diberi petunjuk
Di jalan yang benar
Ditarikh 22 Safar 1358 H
78 tahun yang lalu
Di Kampung Gajah
Lahirlah aku
Dari keluarga 14 adik beradik
Ke sekolah Inggeris aku dididik
Setelah lulus Universiti Malaya
Pada tahun 1964
Aku bekerja dengan Perkhidmatan Awam
Bersara pada akhir tahun 1995
Setelah berkhidmat selama 31 tahun
Bekerja dengan swasta selama 2 tahun
Terlibat dengan reformasi
Menentang korupsi
Dengan puisi
Sekarang tekun mengaji
Bersama Kuliah Dhuha sejak awal lagi
Bersama isteri
Keredhaan Allah dicari
Bila tauliah diperolehi
Mengajar agama di 10 tempat
Rezeki pun dapat
Kawan-kawan baru pun dapat
Pahala pun dapat:
Ikan keli ikan sepat
Dua jenis ikan darat
Harap-harap syurga dapat
Bersama dengan bidadari di akhirat


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan