Selasa, 9 Disember 2014

SECANGKIR TEH; SETAUT KASIH KERANA KAMI PEDULI

Kami dari SALIMAH
Persatuan Persaudaraan Muslimah
Kami dari MAPPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
Kami dari MACMA
Malaysia Chinese Muslim Association
Berkumpul
Di Masjid Muhammadiah
Atau
Masjid China
Di Ipoh
Menggalakkan perpaduan
Dari kalangan umat Islam yang rapuh
Tanpa iman semuanya lumpuh
Menyedari  hakikat ini
Mengadakan program bersama
‘Secangkir Teh; Setaut Kasih’
Dengan hati yang bersih
Berusaha
Mengumpulkan dana
Bagi membantu kesusahan umat Islam
Khasnya
Di Palestin
Di Syria
Di Rohhiyya
Di tempat-tempat lain
Dari kalangan wanita-wanita muslim
Yang sedar
Maksud Ayat 104 Surah  Ali Imran
Yang bermakna
“Dan hendaklah ada di antara
Kamu; satu puak yang
menyuruh kepada kebaikan;
menyeru yang maaruf
Dan mencegah segala
perkara yang salah dan
mereka yang bersifat demikian
ialah orang-orang yang berjaya”
Kita kena percaya
Pentingnya usaha berjemaah
Dengan pimpinan beramanah
Dengan mencontohi isteri-isteri Rasulullah
Boleh selesai berbagai masalah
Ini yang ada pada pemikiran
Mereka yang berkuasa
Di SALIMAH
Di MAPPIM
Di MACMA
Menguatkan agama
Melalui peningkatan ilmu
Hadir di majlis ilmu tanpa jemu
Bila ini dilakukan
Meningkatlah kerja-kerja kebajikan
Baru tema ‘pertemuan:
“Secangkir Teh; Setaut
Kasih kerana kami
Peduli di masyarakatkan”
Baru perpaduan kaum ditingkatkan
Baru hapus fahaman kesukuan
Baru dapat ansur-ansir perkauman dileburkan
Yang merugikan Negara Persekutuan
Ini perlu diselamatkan


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan