Jumaat, 5 Disember 2014

PANTUN CINTA DUNIA


Waktu petang menanam jagung
Jagung ditanam di tepi rumah
Allah saja Yang Maha Agung
DihantarNya Nabi penyelamat ummah

Jagung ditanam di tepi rumah
Tumbuh subur dengan baja
DihantarNya Nabi penyelamat ummah
Bagi kita banyakkanlah kerja

Tumbuh subur dengan baja
Boleh dilihat di tepi jalan
Bagi kita banyakkanlah kerja
Untuk akhirat sediakan bekalan

Boleh dilihat di tepi jalan
Kebun sayur penuh kehijauan
Untuk akhirat sediakan bekalan
Memang disuruh oleh Quran

Kebun sayur penuh kehijauan
Biasa diusahakan pekebun Cina
Memang disuruh oleh Quran
Penentangnya di akhirat jadilah hina

Biasa diusahakan pekebun Cina
Tanah kampung banyak terbiar
Penentangnya di akhirat jadilah hina
Menghadapi kehidupan yang sukar

Tanah kampung banyak terbiar
Di sana sini tumbuhnya lalang
Menghadapi kehidupan yang sukar
Fahaman asobiyah jadi penghalang

Di sana sini tumbuhnya lalang
Musim panas nampak kering
Fahaman asobiyah jadi penghalang
Disebabkan pimpinan separuh mereng

Musim panas nampak kering
Datang hujan menghijau kembali
Disebabkan pimpinan separuh mereng
Hal akhirat tidaklah peduli

Datang hujan menghijau kembali
Musim bunga kelihatan putih
Hal akhirat tidaklah peduli
Cinta dunia di sekolah dilatih

Musim bunga kelihatan putih
Seolah-olah macam daun kekabu
Cinta dunia di sekolah dilatih
Pandangan agama jadi kelabu

Seolah-olah macam daun kekabu
Bila kering jadikan bantal
Pandangan agama jadi kelabu
Harta negara mereka sental


HMS ABU BAKAR




Tiada ulasan:

Catat Ulasan