Sabtu, 19 Oktober 2013

SUKA DENGAN KERJA


Bila suka dengan kerja
Kerja dibuat setiap waktu
Menjadikan kehidupan bermutu
Dengan iman mudah bersatu
Menghisap darah kerja kutu
Di kepala kanak-kanak perempuan
Kekurangan zat makanan
Perlukan bantuan
Dilaksanakan di hari raya qurban
Di bulan Zulhijjah
Ramai rakyat yang susah
Kerana pimpinan pecah amanah
Pengamal pengamal rasuah
Negara terus bermasalah
Meminggirkan hukum-hukum Allah
Dibebankan anak-anak sekolah
Ambil wudhu dari kolah
Kolah dibuat daripada simen
Dengan jihad atasi masalah
Inilah budaya orang mukmin
Suka dengan kerja kebajikan
Memberi orang orang miskin makan
Suka dengan kerja
Sentiasa Allah dipuja
Selawat jadikan baja
Selamat bila habis nyawa
Pahala saja dibawa
Pasti Iblis akan kecewa
Bila ramai manusia masuk syurga
Bersama-sama keluarga
Inilah suatu kerja 



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan