Jumaat, 25 Oktober 2013

BUKAN BERHENTI SAHAJA


Wuquf di Araffah
Berhenti di Araffah
Duduk di Araffah
Berpakaian serba puteh
Berdoa jangan leteh-leteh
Ini adalah latihan untuk Padang Mahsyar
Di Padang Araffah
Di sembilan Zulhijjah
Para-para Haji duduk saja
Dalam hati Allah saja dipuja
Buat dengan sengaja
Dapat pahala
Agama Allah hendaklah dibela
Dengan iman dan istiqamah
Berjuang dalam jemaah
Dibawah pimpinan beramanah
Ikut Sunnah
Nescaya puak asobiyah musnah
Menanti seksa dalam tanah
Menyesal tak sudah-sudah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan