Isnin, 7 Oktober 2013

MENANTI BERBAGAI NIKMAT


Ingatlah
Kuasa Allah
Laut Merah boleh terbelah
Menyeberang Nabi Musa a.s tanpa masalah
Tentera Firaun cuba melalui
Laut yang terbelah dua
Bila sampai di tengah-tengah
Air laut mula bercantum semula
Lemaslah
Semua tentera yang dikepalai Firaun
Selamatlah Musa dan pengikut-pengikutnya
Selamat dari bahaya
Jelas Allah Maha Berkuasa
Mengingatkan kita tentang masa
Penentang-penentang Allah boleh binasa
Bila tiba masa
Setiap yang bernyawa pasti merasai mati
Jadikanlah hidup kita berkualiti
Dengan iman sejati
Dengan aqidah yang sah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Diakui Rasulullah
Boleh menyelesaikan berbagai-bagai masalah
Dengan iman dan istiqamah
Dimulai dari rumah
Bergerak menyedarkan ummah
Dengan membetulkan niat
Dengan mengikuti kehendak syariat
Baik di dunia hingga akhirat
Di syurga menanti berbagai nikmat
Tempat paling selamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan