Iftar Jam'ie
Dari Rumah Hijau
Ke Taman Klebang Jaya
Semoga berjaya
Dengan ilmu di dada
Dengan bimbingan ulama haraki
Dengan ilmu tasauf kenal perasaan hasad dengki
Ilmu Tauhid juga dipelajari
Baru kenal diri sendiri
Dengan ilmu fekah amalan diperbaiki
Gunung yang tinggi boleh didaki
Laut yang dalam boleh diselami
Baru perasaan asobiyah dibasmi
Dengan jemaah Islamiah yang bervisi
Dengan pemimpin ulama yang bermotivasi
Mengajar agama ke sana ke mari
Masyarakat mendapat manfaat
Sedar hebatnya hukum-hukum syariat
Mahu manusia diselamatkan dari bahaya kesesatan
Dari tipudaya syaitan
Dari politik keduniaan
Ada perbezaan
Bila ulama dipertanggungjawabkan
Baru berlaku perubahan
Contohilah Ikhwanul Muslimin
Membaca Quran jadi vitamin
Baru akhirat dijamin
Bila di dunia ulama diberi kuasa memimpin
Dari padi buat empin
Makan pula di hariraya
Bila ulama diberi memimpin
Dunia dan akhirat berjaya
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan