Rabu, 9 Oktober 2013
PENGIKUT SETIA ABDULLAH UBAI
Apabila berbicara, ia dusta
Disebabkan matahati buta
Disebabkan ingin kumpul harta
Dalam sejarah banyak di cerita
Dalam kubur pula menderita
Apabila berjanji, ia mengingkari
Mega projek saja dicari
Keuntungan dunia saja dicari
Lupa ilmu pelengkap diri
Dalam kubur seorang diri
Diseksa sepanjang hari
Apabila diberi amanah, ia khianati
Lupa akan mati
Bertindak ikut sesuka hati
Izrail hanya perhati
Tanah perkuburan hanya menanti
Cacing-cacing juga menanti
Ini orang munafik tidak mengerti
Abdullah Ubai munafik sejati
Ramai Melayu meminatinya
Kecuali yang dapat cahaya
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan