Khamis, 10 Oktober 2013

LAKUKAN KERJA BERTERUSAN


Bulan Zulhijjah
Bulan kedua belas Takwim Hijrah
Bulan kemuncak Rukun Islam kelima
Haji mabrur cita-cita bersama
Tetap perjuangkan agama
Dalam jemaah bersama-sama
Dengan cita-cita yang mulia
Menyatukan seluruh manusia
Tanpa diskriminasi bangsa
Tanpa ketuanan bangsa
Berakhlak mulia
Isnin tetap berpuasa
Majlis ilmu tetap hadir
Sambil fikir tetap berzikir
Ramai Melayu diketegorikan fakir
Sedang kroni-kroni kayaraya
Hadiah percuma dari pihak di Putrajaya
Kos kehidupan meningkat
Rakyat kampung menderita
Gejala sosial meningkat juga
Senjata api hilang siapa punya kerja?
Bukan Mat Rempit
Bukan warga Pusat Serenti
Jiwa-jiwa Melayu dah mati
Disebabkan pimpinan tak berkualiti
Perlu segera diganti
Dimulai dengan doa dalam hati
Kuatkan parti
Dengan iman
Dengan tindakan amal soleh
Putrajaya pasti beralih
Insha Allah boleh



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013





Tiada ulasan:

Catat Ulasan